Rawat Segera Rabun Kanak-kanak

September 25, 2019


Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang tahun depan - dijangka 2.56 bilion penduduk dunia menghidap rabun jauh (miopia), peningkatan dua kali ganda daripada jumlah 1.8 bilion penghidap sekarang. Melalui Kajian Penyakit Mata Pediatrik Segamat, Johor (SEGPAEDS-Disember 2017) melibatkan 1,287 kanak-kanak prasekolah mendapati sebanyak 12.5 peratus daripada mereka (161 kanak-kanak) mempunyai masalah penglihatan dan daripada jumlah itu, 61 peratus daripadanya mempunyai masalah pada kedua-dua mata.

Pakar Mata Hospital Columbia Asia, Dr. Palanyraj Naicker berkata, rabun terbahagi kepada tiga kategori selain miopia, terdapat hiperopia (rabun dekat) dan astigmatisme (silau) namun dalam kalangan kanak-kanak, miopia dan astigmatisme merupakan rabun yangsering dialami malah ada yang menghidap kedua-dua penyakit mata itu. Tegas beliau, masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak merupakan isu penting yang memerlukan rawatan segera pada usia awal bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit mata malas (ambliopia).
 
Jika kanak-kanak terbabit disahkan mengalami ambliopia, penggunaan cermin mata tidak akan dapat membantu penglihatan pesakit sehingg tahap maksimum atau sempuma, sekali gus boleh mengehadkan potensi kanak-kanak dan mengurangkan keyakinan diri mereka malah jika dikesan pada tahap serius, rawatan amat sukar dilakukan.

Dalam pada itu menurut Dr. Palanyraj, masalah miopia boleh berlaku secara perlahan-lahan namun jika terlalu pantas maka miopia menjadi lebih tinggi sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti saraf mata terlekang (retnal detachment) iaitu saraf retina tertanggal daripada belakang mata dan memerlukan pembedahan serta merta untuk memperbaiki kedudukan saraf terbabit.

Selain itu, masalah lain termasuklah kemerosotan makular (macular degeneration) iaitu perubahan pada saraf dalam mata yang boleh
menyebabkan gangguan penglihatan kekal yang teruk selain masalah katarak iaitu isu yang lazimnya dihidap oleh individu berusia lebih 50 tahun tetapi boleh juga berlaku pada individu berusia 30 hingga 40-an.

"Bagaimanapun jika miopia meningkat terlalu pantas, pesakit akan disaran memulakan ubat titis khas (Atropin) untuk memperlahankan peningkatan miopia bagi tempoh setahun sehingga dua tahun namun keputusan untuk memberi ubat tersebut hanya akan dibuat selepas pesakit menjalani ujian saringan bagi mengesahkan miopia dihidap benar-benar terlalu tinggi atau sedang meningkat pada kadar yang terlalu cepat," ujarnya.
 
Kata beliau, antara simptom miopia dalam kalangan kanak-kanak ialah mereka sering menonton televisyen dan memegangbukupadajarak terlalu dekat, selalu membuat kesilapan semasa menyalin nota, kerap menggosok mata dan mengecilkan mata untuk melihat sesuatu, juling (berlaku di peringkat mata malas), akan memaling muka untuk melihat sesuatu, keputusan peperiksaan sekolah merosot dan kerap sakit kepala.

Faktor genetik kemungkinan besar menjadi punca kanak-kanak mengalami rabun namun risiko untuk mereka menghidap rabun adalah lebih tinggi jika ibu atau bapa menghidap masalah rabun dan risiko bertambah tinggi jika kedua-duanya mengalami masalah tersebut.
Selain itu, katanya, terlalu banyak aktiviti dalam rumah dan kurang aktiviti di luar rumah boleh menyebabkan rabun terutama jika kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan gajet seperti telefon bimbit dan komputer selain terlalu banyak membaca kerana tumpuan terhadap objek terlalu dekat menyebabkan otot mata tegang.

Menurut Dr. Palanyraj untuk merawat miopia, penyakit itu perlu dikesan di peringkat awal justeru pemeriksaan mata perlu dilakukan terhadap bayi pada usia enam bulan sehingga 12 bulan dan seterusnya pada usia tiga tahun dan sebelum memulakan persekolahan.

Pemeriksaan mata yang dilakukan di peringkat permulaaan persekolahan untuk mengesan rabun dianggap terlalu lewat. Malah beliau mendapati di peringkat ini terdapat ramai kanak-kanak berumur antara tiga sehingga empat tahun telah menghidap masalah rabun malah ada yang terpaksa memakai cermin mata dengan kuasa kanta dalam lingkungan tinggi..

Faktor Rabun Dalam Kalangan Kanak-kanak
  1. Faktor genetik kemungkinan besar penyebab rabun. Risiko lebih tinggi jika ibu atau bapa mempunyai masalah rabun atau kedua-duanya mengalami masalah tersebut.
  2. Menuggu sehinga pelajar berusia tutjuh tahun untuk melakukan pemeriksaan mata pertama terlaly lewat.
  3. Tabiat menatap gajet sehingga tertidur akan menyebabkan mata mengalami keletihan.
  4. Terlalu banyak aktiviti dalam rumah boleh menyebabkan rabun terutama jika kanak-kanak menghabiskan banyak masa dengan gajet selain terlalu banyak membaca.
  5. Cahaya matahari boleh membantu untuk memperlahankan miopia dan melihat objek jauh di luar rumah juga membantu otot dalam mata untuk berehat.
  6. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka yang menghidap rabun sentiasa memakai cermin mata.
  7. Amalkan 20-20-20 Rule. Selepas 20 minit j membaca atau menggunakan komputer. lihat objek yang jauh 20 kaki (enam meter) selama 20 saat untuk ' membolehkan otot mata berehat.
  8. Galakkan kanak-kanak bermain di luar rumah sekurang- -kurangnya dua jam sehari.


Dr. Palanyraj Naicker
Consultant Ophthalmologist
Columbia Asia Hospital – Cheras

MBBS (India), M Ophthalmology (UM)
 
PDF and Online Articles:
 
 
Looking for Ophthalmology in Columbia Asia?
 
Follow us for latest Health Tips: